Sunday 25 December 2011

Kenyataan Cinta Dalam Hidupku

Tidak pernah terlintas di fikiran Irza yang janji setia Zack Ky terhadapnya akan sirna. Secebis daya Irza memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Ewa. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.

Irza bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi hatinya sudah tertutup buat insan yang bergelar LELAKI. Biar merayu sekalipun Irza tidak akan beranjak dengan pendirianku.

Kerana bagi Irza, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungannya lagi dan tiada lagi pengganti.Sekali lagi ketabahan Irza diuji. Irza pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta.

Walau kemana kau pergi, dirimu sentiasa hadir dihati ini.
Buat selama-lamanya..Ke akhir hayat ku.

No comments:

Post a Comment